RASUAH YANG HALALAN TOYIBAN


"ORANG nak bawa saya pergi Makkah, kenapa saya nak tolak. Saya pergi ke Makkah jarang belanja saya sendiri. Orang tolong bayar. Semua orang berebut (nak bawa ke Makkah). Selipar saya pun orang ambil. Dia kata bukan nak curi tapi nak ambil berkat. Selipar saya di rumah saya tak boleh letak bawah, letak habis tak dok (hilang)," Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulas dakwaan tunai haji dengan tiket VVIP berharga RM65,000 seorang (akhbar Sinar Harian 11 Nov 2009 m/surat pertama).
Ini adalah penjelasan pemimpin tinggi PAS Tok Guru Nik Aziz. Sah mpenjelasannya membuktikan bagi PAS "matlamat menghalalkan cara". Ertinya tak salah kalau pemimpin PAS ambil "hadiah" atau tajaan, kerana mereka dipuji dan dipuja, dan punya berduyun pengikut taksub yang kasih padanya sehingga sanggup menjadikan selipar sebagai barangan "karamah".

Esok pastinya berduyun-duyun ahli dan pemimpin PAS akan "menghalalkan" kata-kata Nik Aziz. Tetapi bagaimana kalau ayat yang sama itu datangnya dari pemimpin BN. Pasti bukan PAS sahaja tetapi juga sang wira-wira dalam PKR dan DAP akan menghentam,

Yang pastinya jika ini adalah kata-kata pemimpin BN dan UMNO, mesti ada pemimpin pakatan akan minta SPRM buat siasatan, atau pun dibentuk suruhanjaya diRaja. Persoalannya sekarang apakah yang haram bagi UMNO itu, halal bagi PAS?

Soalan penulis, sahkah amal ibadat jika bersumberkan pendapatan haram? Atau bagaimana jika terima tajaan yang sebegitu untuk melancong, katakanlah ke Disneyland? Apakata Anwar Ibrahim? Apa kata Karpal Singh?

Atau tanya Nizar Jamaludin, apa komennya? Atau beliau pernah buat benda yang sama ker? Wallahualam bissawab

1 Comment:

PUTRAKENCANA said...

Itulah pemikiran orang-orang pas yang merasa mereka ini Ulamak yang tersohor.

Semuanya halal belaka.

Orang lain buat Haram belaka.

Bilalah Pas ini nak berubah dan sombong diri.

Fatwa yang merepek-repek.

Related Posts with Thumbnails