
Surat jemputan ini telah diedarkan kepada semua Adun PR di Perak, Surat diatas ialah salinan surat yang ditujukan kepada YB Su Keong Siong. Su pula teramat suka hati dan mengedarkan surat ini kepada orang awam.
"Apa ertinya semua ini wahai Nizar, Siva, Ngeh dan Nga???"
Semalam hari Isnin dalam mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh DSAI telah bermesyuarat di Parlimen dan bersetuju dalam banyak perkara untuk mengembalikan demokrasi di Perak dengan beberapa resolusi baru.
Antaranya ialah membuat persidangan berasingan di Hotel Heritage seperti yang dijalankan sebelum ini dan yang paling penting ialah pada petang 28 Oktober 2009 jam 3.00 ptg Nizar akan mengadap DYMM Padukan Seri Sultan Perak untuk membubarkan Dun. Dalam surat tersebut juga Siva mendakwa telah mendapat perkenan Paduka Seri Sultan untuk mengadap.
"Sama-samalah kita lihat apa yang dilakukan oleh mereka."
Rombongan atau perarakan akan bermula dari Hotel Heritage dan melalui jalan ke hotel Seri Malaysia dan terus ke Istana Kinta. Perarakan tersebut akan diketuai sendiri oleh DSAI , Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang dan anak.
Berita panas seterusnya hasil risakan TM ialah Dap sudah bersedia untuk PRK khas bagi negeri Perak. Nizar pula sudah kelihatan serba salah dan keliru dengan agenda Dap iaitu Ngeh dan Nga dalam percaturan mereka. Kenapa Nizar amat sedih? Jawabnya ialah beliau tidak lagi tersenarai sebagai MB Perak. kerana jika Nizar menang pun dalam PRK ini Nizar tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar. Alasan nya mudah. Sultan tidak akan perkenankan untuk beliau dipilih semula sebagai MB kerana Nizar terang-terang telah menderhaka kepada pihak Istana. Nizar hanya berharap agar rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November memihak kepadanya. Jikan PRK makan hancur leburlah cita-citanya untuk memiliki Camry AGS 10.
Ngeh dan Nga juga yang begitu mesra dan boleh membaca Quran hari ini sudah diterima baik oleh setengah orang Melayu Perak. Ngeh juga telah mendekati beberapa bekas-bekas pemimpin Umno yang dikategorikan sebagai desperado agar sama-sama membantu Dap dalam menawan semula Perak. Dap yakan akan sokongan Melayu terutama dari Parti PKR dan PAS. Hari ini Dap juga sedang giat menambah ahli-ahli dari kaum Melayu dan sudah ada pun Cawangan Dap di kawasan Melayu.
Beberapa individu Melayu yang telah diclose up oleh Ngeh dan Nga ialah Fauzi Muda dari Ipoh Barat, Shaarani @ Mat Lengkong dari Sungai Rapat, Haji Taslim dari Ipoh Barat juga, Datuk Abd Malik Hanafiah bekas Ketua Bahagian Taiping dan Hasbullah bekas Ketua Pemuda Umno Larut. Kesemua orang kuat yang mampu membantu Dap dalam usaha merampas semuala Perak dari BN.
Dipetik dari blog TM...Fikir-fikirkanlah
--------------------------------------------------------------------------------------------
Berterusankah 'drama' DUN Perak?
SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan berlangsung sekali lagi, esok. Kali ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dijadual membentangkan bajet negeri.
Namun apa yang menjadi kebimbangan ialah perencanaan masa depan rakyat negeri Perak itu tidak dapat dilakukan jika pihak yang tidak bertanggungjawab sekali lagi mencetuskan kekecohan.
Sekiranya jangkaan itu benar-benar berlaku, bermakna rakyat Perak akan terus menjadi mangsa keadaan.
Usaha kerajaan untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan baik jelas dinyatakan pada pembentangan Bajet 2010 oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.
Semangat yang dijana di peringkat Pusat itu pastinya akan turut dibawa ke Perak. Lebih-lebih lagi Najib pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. Lebih pasti, Najib juga adalah individu yang bertanggungjawab membawa cahaya kepada masa depan BN Perak setelah berjaya mengeluarkan negeri tersebut daripada jerebu politik berpanjangan.
"Penyerahan" Perak kepada Zambry juga sebenarnya bukan satu keputusan mudah. Tanpa keyakinan bahawa ADUN Pangkor itu mampu memikul tugas dan tanggungjawab, penyerahan tersebut tidak mungkin akan berlaku. Untuk mencapai tahap maju dan membangun, kebajikan rakyat harus diberi perhatian serius. Ini selari dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Justeru, pembentangan bajet negeri kali ini dilihat sebagai amat penting untuk merealisasikan hasrat kerajaan dan harapan rakyat. Kepada Zambry, beliau sedar betapa rakyat yang dipimpinnya memerlukan perhatian dan sokongan padu kerajaan negeri ketika ini.
Mengambil kira perkara ini, beliau pasti akan melakukan yang terbaik. Malah, apa yang lebih penting, berusaha membawa Perak ke tahap yang lebih dibanggakan.
Namun, belum pun Sidang DUN berlangsung, telah berlaku tuduh menuduh tentang siapa yang sebenarnya bertanggungjawab merancang kekecohan pada hari tersebut.
Dalam satu sidang media di Ipoh, Pas mendakwa Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Abdul Rahman Hashim 'mengarahkan' Zambry menggantikan bentara Dewan dengan 15 "samseng" dari sebuah pertubuhan Melayu bagi tujuan mengawasi perjalanan mesyuarat itu.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau mendapat tahu mengenai perkara tersebut melalui maklumat dalaman yang boleh dipercayai. Agak pelik apabila beliau menuduh Zambry kini boneka SUK.
Jika tuduhan ini diambil kira, persoalan lain juga boleh dikaitkan. Mengapa Pas takut dengan "samseng-samseng" tersebut jika tidak melakukan kesalahan?
Sama ada dakwaan dibangkitkan benar atau tidak, isu "samseng" tidak wujud sekiranya kedua-dua pihak menghormati Sidang DUN.
Ketakutan Mohammad Nizar terhadap samseng yang didakwanya itu juga menggambarkan seolah-olah beliau bimbang 'drama' barunya akan gagal.
Apa pun yang bakal berlaku, harapan mereka yang sayangkan negeri dan masa depan generasi akan datang ialah agar sidang kali ini lebih tertumpu kepada soal rakyat, bukan soal pertikaian kuasa kerana ia membantutkan usaha memacu Perak ke peringkat terbaik setanding negeri-negeri lain.


1 Comment:
Tak heran. Next election memang Perak dapat ke DAP bukan pakatan rakyat, tapi DAP.
Post a Comment