Nizar hina pengundi Bagan Pinang – Dr. Zambry

IPOH 12 Okt. – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang telah dihina oleh Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang menganggap kemenangan Barisan Nasional (BN) semalam adalah kemenangan rasuah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kenyataan wakil rakyat Pas itu amat menyedihkan kerana tuduhan itu terlalu serius seolah-olah penduduk di Bagan Pinang tidak mempunyai moral.

‘‘Bagi pihak BN, setiap kali kalah dalam pilihan raya kecil kita tidak pernah mengeluarkan kenyataan secara terbuka walaupun jelas sekali pembangkang mengamalkan politik ganas.

‘‘Inilah fenomena dan penyakit besar yang dihadapi pembangkang, Setiap kali tewas mereka tidak akan mengaku kesalahan diri sendiri sebaliknya akan menyalahkan BN dan membuat pelbagai tuduhan,” katanya pada sidang media di kediaman rasminya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohammad Nizar kepada sebuah akhbar di sini mengenai kemenangan calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad pada Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang semalam.

Selain menuduh kejayaan BN itu sebagai kemenangan rasuah, beliau juga mendakwa masyarakat setempat tidak ambil kisah mengenai latar belakang Mohd. Isa yang pernah terlibat rasuah.

Mengulas lanjut Zambry berkata, kemenangan tersebut jelas sekali menunjukkan rakyat menolak cara politik ganas dan provokasi yang diamalkan oleh pembangkang.

Beliau yang turut berada di Bagan Pinang memberitahu, provokasi penyokong pembangkang yang keterlaluan akhirnya telah memakan diri sendiri hingga kalah pilihan raya.

‘‘Terima sahajalah kekalahan itu kerana soal kalah atau menang dalam pilihan raya adalah perkara biasa,” katanya.


PETIKAN UTUSAN MALAYSIA PADA 13/10/2009

1 Comment:

Anonymous said...

Itu biasa le yop . teknik menjawab kata member teman. Kalah jawapan dia macam ni kalau menag jawapan dia mcam ni. 2 x 5 je . cume sama2lah kita mengambil iktbar mana yang baik kita ambik yang tak elok letak tepi jangan campo ' deroyan yang elok dengan yang tak elok' nanti tempoyak tak sedap.

Related Posts with Thumbnails